PREPARATION TUK PALAM




ASSSALAMUALAIKUM..
pejam celik pejam celik macam tak caya je aku bakal bergelar mahasiswi..heww
macam2 perasaan ade..
tak sabar ade..sedih ade..sume nye becampur baur..
rasa tak sanggup je nak berpisah ngn family..tempat tidur aku..
adehhh..macam tanak je rase g tu..
takot dengan keadaan disana
terpikir macam mana lah aku nak hidup
tanpa ibu dan family di sisi
dah la sebelum ni tak pernah berpisah..
sayuu je hati ni...urmm
nak tak nak terpaksa la membawa diri.
aku bukan budak kecik lagi..dah sampai masa kene berdikari...
haiyyooo..tak sggup rasa nya...
buat masa ni persiapan masih dlam proses lagi...
ade siket2 je yg blom packing....hukhuk
sabor je laa..
harap kat sana nanti sume ok2
harap aku dpat housmate yang baik2
sume orang suh aku jaga diri..
insyaallah aku akan jaga diri
tak lupe diri..
niat aku satu jee...nak belajar..
nak berjaya...






yeahh!!semangat-2..huhuhu
lepas ni banyak mende la yang aku kne tinggal kan:
>kuarga aku
>bilik tidur aku
>waktu tidur aku
>bear aku
>kekasih aty aku
>fb aku
>tweeter aku
>blog aku
adehh,,byak la...sume tu ak kne tggal kan dan kurang kan...
takpela nak berjaya punye psal..
harap aku dapat ssuaikan diri nnty.....






pEACE!!!hewhew

ADA APA DENGAN CINTA KITA????

assalamualaikum..
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta… Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa  catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan  orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kadangkala kamu tidak  menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.
Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.






Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.
Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir
Hati-hati  dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.
Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah  seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.
Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu
Cinta adalah keabadian…dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami
Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.
Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.
Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu.
Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.
 Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir
Di suatu hari kau datang dan bertanyaku apa yang lebih penting padaku : Dirimu atau nyawaku. Dan aku mengatakan nyawaku lebih penting dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu. Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini…
Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri
Bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dengan kejayaan.
Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim. 
Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu.
Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang. 
Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya. Cinta kudus antara bonda dan anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta berahi antara kekasih teruna dara. Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingnya. Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta. Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.
Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat 
Manusia tidak jatuh ‘ke dalam’ cinta, dan tidak juga keluar ‘dari cinta’. Tapi manusia tumbuh dan besar dalam cinta
Cinta kurniaan Ilahi mengapa mesti dibenci? Yang harus dibenci dan dihindari ialah kepalsuan, bukan cinta.
Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam. Oleh itu, kejarlah cinta seperti kau mengejar masa, dan apabila kau sudah mendapat cinta itu, jagailah ia seperti kau menjaga dirimu, sesungguhnya cinta itu kurniaan Tuhan Yang Maha Agung.
“Aku mencintaimu”, sukarkah untuk dilafazkan?
Tidak ada cinta yang tidak cemburu -Pepatah Perancis
Sesuatu percintaan yang terjalin di antara dua insan itu tiada ada kemesraan atau kemanisannya sekiranya sentiasa membayangi akan kemusnahan, kekecewaan dan kehancuran.
Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka, barangkali  dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang yang kau benci itu sekadarnya belaka barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.
Menerima cinta dari seseorang secara terburu-buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun.
Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu?
Cinta itu adalah api yang dingin. Sesiapa yang mendekatinya tidak akan terbakar tetapi tertangkap ke dalamnya.
Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.
Janganlah mengigil kedinginan kerana hilangnya cinta .Tetapi mengigillah dengan kedinginan kerana tiada lagi ada rasa.
Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.
Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.
Cinta ia tetap hadir,ia datang bukan dengan nafsu atau keinginan tetapi kepasrahan tentang yang mutlak, itulah cinta terulung.
Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan.
Usah gembira pada kelahiran cinta pertama. Jua usahlah menangis di awal kegagalan kerana kekeliruan seimbang pertemuan dan perpisahan. Kebahagiaan tidak semestinya kekal abadi.
Pergaulan dan cinta di antara lelaki dan perempuan pada hari ini diibaratkan seperti minyak dengan api, apabila tersentuh maka maraklah ia.
Cinta adalah sebuah telaga yang tiada dasarnya
Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita -cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita dan sebelum mengenal cinta, kenallah dahulu cita-cita.
Cinta yang terselit pendustaan ibarat kehidupan yang bercampur gaul dengan penghinaan.
Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa, ghairah, romantika dan masih tetap menghargainya. 
Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda kecewa. Cinta seperti ini adalah cinta yang mengharapkan belas kasihan, sebab itu bila sepi telah punah maka selalunya cinta juga akan turut terbang.
Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata untuk memiliki sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran serta  perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda.
Hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang dan sentiasa menyala di mana-mana jua pun, yang tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri, iaitu rasa cinta dan kasih sayang pada segala yang bernyawa- Innayan Khan
Manusia merasa kesepian dari cinta kerana mereka kerap hanya membangun dinding, bukannya jambatan kasih sayang.
Cinta yang dikaitkan dengan kepentingan peribadi akan berubah menjadi putus asa.
Dalam percintaan kamu janganlah kamu kesali perpisahan tetapi kesalilah pertemuan kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan.
Kamu tidak akan mati kerana cinta, tetapi cinta cukup  meracuni hidup kamu
Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.
Hiduplah dengan cinta! Tetapi bukan bererti cinta buta. Kita dapat mencintai hidup dengan lebih baik, yaitu cintailah sekelilingmu, baik yang ada diluar dirimu atau didalam dirimu.
Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian semata-mata.
 Rasa cinta itu jika dipupuk ke arah dan sinar yang lurus akan membawa pengekalan abadi. Selagi usia di kandung badan .Selagi jiwa merantai hati
Bibir tidak perlu berkata , bila hati sudah bersuara nada  cinta dan rindu.
Cinta adalah penyakit manakala perasaan adalah kumannya. Perkahwinan pula merupakan ubat penawarnya.
Ibaratkanlah kehilangan cinta itu umpama hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi dan harus dilupakan.
Pabila cinta tidak diajarkan di rumah, hampir tidak masuk akal untuk mempelajarinya di mana pun.
Cinta tidak selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta.
Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan kita sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa sedari.
Hidup kalau tak memakai cinta tak ubahnya seperti bumi kehilangan matahari -Aswir
Cinta dimulai dengan senyuman, tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir dengan air mata.
Lelaki itu prosa alam, perempuan sajaknya. Cinta itu lagu dan perkahwinan orkestranya -Pepatah Denmark
Cinta menakluk segala-galanya. Cinta dapat mengubah pondok kayu menjadi istana emas
Barangsiapa yang belum pernah jatuh cinta, ia telah membangunkan langit di atas bumi -Pujangga Barat
Cinta tidak mempunyai umur, ia sentiasa memudakan dirinya
Cinta menekan pertimbangan, memandang ringan bahaya dan cinta memandang enteng akan kematian
Cinta tidak mempunyai undang-undang
Cinta pandang pertama adalah cinta yang akan kekal abadi
Cinta lebih tua daripada alam ini kerana alam ini dijadikan Allah atas dasar cinta -Muttanabi
Manusia yang dibakar api cinta dapat melihat di dalam gelap -Peribahasa Mexico
Cinta ialah penyakit -Taufiq Al-Hakim
Cinta yang tak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.
Kehidupan ini seumpama bunga, maka cinta adalah madunya -Hamka
Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta. Tiada kasih yang lebih ngeri dari putus cinta
Cinta monyet ialah cinta keanak-anakan. Cinta palsu adalah sekadar basa-basi. Cinta materialistik merosakkan jiwa. Cinta sejati ialah cinta yang akan menghasilkan cita-cita yang luhur dan abadi.
Cinta adalah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak bertemu.
Cinta itu tidak buta tetapi ia tidak melihat -Pepatah Jerman
Cinta boleh tumbuh dalam madu dan racun
Orang yang menulis surat cinta itu kurus dan orang yang membacanya gemuk -Pepatah Belanda
Keburukan dapat disembunyikan apabila timbulnya rasa cinta -Pepatah Greek
Hidup tanpa cinta ibarat taman tidak berbunga -Pepatah Inggeris
Yang termanis daripada yang manis di dunia ini ialah pujian kekasih yang terlontar daripada rasa cintanya.
Seseorang yang pernah mengalami kegagalan dalam percintaan, maka dia akan melihat kebahagiaan itu laksana melihat pelangi. Tidak pernah pelangi itu berada di atas kepalanya. Selamanya dia melihat pelangi itu berada di atas kepala orang lain

 I NEED  YOU... <3

wanita oh wanita


 LEMAH LEMBUT???
Hampir semua lelaki akan tertarik kepada wanita yang lemah dan lembut. Lemah lembut ini membawa pengertian bahawa seorang wanita yang sentiasa merendahkan suara ketika berkata-kata, tenang dalam tindakan, tunduk pandangannya semasa di mata masyarakat dan bijak dalam mengawal emosi perasaan dalam apa juga keadaan

okay ayat kat atas tu memang wat aku terasa gila.
semua laki nak pempuan lembut..
yeah!!!
mmg terbaik lah kan...
aku sedar aku bukan lah tergolong dalam perempuan yang sedemikian..
aku ni bukan lah perempuan yang di idamkan oleh beliau


MENCINTAI KERANA TERPAKSAA???
ohhh,.plesss..dont be hipokrit with me..
syuhh..berambusss..aku tak perlukan seorang yang hipokrit dalam hidu aku..
biarlah kejujuran terselah,,
asalkan aku tak rasa di tpu..
aceceh..
aku dah lari tajuk ni....huhu
PEREMPUAN YANG BAIK ADALAH UNTUK LELAKI YANG BAIK??
best kan ayat tu..
mmg dalam alQuran pon ada cakap daa...ni buktinye..
an-Nur; ayat 26, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, 
"Wanita baik untuk lelaki baik dan lelaki baik untuk wanita baik."


see dah ada bukti nya kan...
so pkir-pkir kan la....


TERINGIN NAK JADI MACAM ISTERI-2 RASULULLAH
BILA AGAK NYA YAA??

huhu..terlalu mulia la kan bagi seorang wanita tu yang mempunyai sifat seperti istri rasulullah..
sangat bertuah la si lelaki tu..huhu

macam mana yang dikatakan perempuan itu lembut??
kadang-kadang ada jugak jenis manusia yang lembut
tapi lembut depan orang ramai je laa
seriusly,,aku tak reti jadi lembut walau pon dh cubee..
peace!!
mybe aku kne kwan ngn orang yang lemah lembut dlu kot..huhu








KATEGORI WANITA????



PEREMPUAN LEMBUT
Mungkin dia lahir dengan genetik seorang perempuan lemah lembut yang diwarisi oleh ibu dan bapanya, mungkin juga dia dididik dengan lemah lembut oleh orang-orang disekitarnya untuk menjadi seorang perempuan yang lembut. Lembut dari segi percakapan, lembut dari segi tindakan, lembut dari segala segi. Perempuan yang lemah lembut ini biasanya disertai dengan pakej pemalu. Tetapi mungkin juga disertai pakej lain seperti pendiam, manja, atau pendendam.(pendendam??? Hehe.,.)
PEREMPUAN MANJA
Keluarga memainkan peranan penting membentuk seorang perempuan yang manja. Manja dalam tingkah laku, manja dalam tindakan, manja dalam perbualan dan pergaulan. Perempuan yang manja mungkin disenangi orang di sekitarnya, namun mungkin juga dibenci orang sekitarnya.
PEREMPUAN KASAR
“Kalau kau berani kacau adik lelaki aku, kau siap-siaplah nak makan penerajang aku”
“Suka hati akulah aku nak jadi macam mana pun, kau peduli apa???!!”
“Kalau kau berani nak mengorat aku lagi, aku sumbat kepala kau dalam tong sampah”
Mungkin dididik untuk menjadi seorang yang berdikari dan tidak mudah ditindas, perempuan yang kasar sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan apa sahaja dan pantang dianggap lemah. Kasar dari segi tindak-tanduknya, kasar dari segi percakapannya (selalunya disertai pakej suara yang kuat) dan kadang-kadang kasar dan ‘keras’ dari segi pemikirannya.
———

ADAKAH ANDA SALAH SATU DARIPADA DI ATAS???
Huhuhuhu

NALURI KEIBUAN ??
aku ade ke??haha
ade la jugak siket2 kan...
tapi aku alah siket bile dgr budak kecik menangis-nagis ni..
rasa macam tension..
mybe klu satu ary nnty aku bergelar ibu..
aku mybe akan jadi sorang yang lebih penyabar..
heeeeeeee...tak sabar pulak  nak jdik ibu...
siapa la bakal kepada ayah anak aku tu erk??hewhew
mengatal jap.....

LASTLY..semoga suatu ary nanty aku berjaya menjadi seorang wanita yang di idam kan oleh ramai lelaki yang soleh!!
MUAahahaha..tggi kan harapan aku??
INSYAALLAH.....akan tertunai...

KEHIDUPAN YANG MENYESAKKAN

ASSALAMUALAIKUM...
hewhew


KENAPA MESTY PIC INI??
wait n seee darll..huhu


setiap manusia mesty ada problem dan pasti tahu menyelesaikan nya kn?
tu lah yang orang selalu cakap..
orang tahu bercakap..
tapi bila sendri mengahadapi nya
kelu tak terkata...
hanya diri sendiri je yang tahu

ALLAH TAK KAN UJI HAMBA NYA DI LUAR KEMAMPUAN KITA?
Yeah! betul2 sangat-2
allah akan uji berdasarkan apa yang kita mampu
cume kite je la yang kene berfikiran kreatif untuk berfikir kenapa dan bagai mana?
aceceyh,,dah mcam buat karangan lah pulak..kne ade WH question....hehwehw

ORANG HANYA TAHU MENYALAH KAN,
TAPI TIDAK PERNAH BERTANYA KENAPA DAN MENGAPA?
biasa la manusia kan..dia hanya tahu..giving advice..
bile dengar satu pihak menyalah kan itu dan ini..
bile dengar di sebelah pihak lagi..aduhaaiii..
boleh menitis air mata..walawehhh...
menyayat hati..
biasa la manusia kan tak leh nak wat pa la kan,

SETIAP MANUSIA DI LAHIRKAN DENGAN PELBAGAI PERANGAI..
selama aku hidup selama hampir 18 tahun nie
dah macam-2 aku jmpe prngai manusia
dari yang baik hingaa la yang tah ape-2
aku baik ke?
sjjur nye aku tak baik mana pon..aku dah biase dah dengan ayat
''harap muke je cantik tapi perangai tah ape-2''
aku terima je sbab dah aku cm tu kan
nak ubah? insyaallah suatu hari nanti
aty aku belom terbukak la weh...
tapi tahniah kepada sesipa yang dah rase diri tu bagus?
manusia bleh menilai manusia..
tapi aku nak allah yg menilai aku,,bukan manusia

BAJET NAK JADIK HERO OR HEROINN??
pless la weh..aku tak perlukan orang macam kau
bajet penyelamat dunia
bukan kat aku je kau wat..
kat orang lain pon sama
aku tau niat kau baek..tpi aku tak rase cam tu
sebab aku dh rase apa yang orang lain rasa..
peace!!

I LOVE MY FAMILY!
walaupon aku dh hidup selama 12 tahun tanpe kasih sayang seorang ayah
tapi aku syang kuarge aku
even kami selalu gurau2 kasar
mean sellaku gaduh..HAHA
WAt lek la kan;..
air di cincang tak kan ptus...
aku syg ibu dak mil anis ahmad n
tambhan lagi fmly tiri aku..abah n nfisa sume la
even kadang2 aku nyampah gak..
tapi aku tak la kejam sgt..
aku takde hak nak membenci orang..

AKU NAK JADI YANG TERBAIK!!!
tu la harapan aku..
aku nak wat orang yang aku sayang gembiraa!!
especially IBU aku...
ibu la tempat aku mencurah segala esi hati aku..
aku tanak kecewkan ibu aku..
biarlah org lain kecewa dengan aku
tapi bukan ibu aku...

ALOG SAYANG IBU DUNIA N AKHIRAT..
sekiaan,....


MEET HIM BEFORE SAMBUNG BELAJAR

ASSALAMUALAIKUM..



Toing toing...mesti pelik kan tetibe je pic aku ade kat atas tu...hehe
saje nak tayang jap..
actually aku tengah heaven giler ni..
almaklumla baru jumpe gula-2 hati..hewhew
bahagia sangat-2..hehe
mana tak nya dah 4 hari 3 malam aku ngadap dia je setelah hampir dua bulan tak jumpe.
seriesss rindu giler nak mati..hukhuk
(nasib baik tak mati lagi)HAHA

dia datang mse ary jmaat ary tu
sian dia drive sorang dari pahang ke batu pahat
dh la jauh giler
tapi aku syukur dia selamat sampai
walaupon dia agak penat..hehe
aku duli ape,,asalkan dapat jmpe dia...hehe

HARI SABTU yang menyoronakkan..
mase ary sabtu tu..aku g jejalan ngan dia.
pagi2 lagi aku dh g umah nnek smate2 nak kjut dia bangong suboh..hekhek
padahal saje je nak ngadap muke dia..HAHA
mase ary sabtu tu..kami g jejalan melaka
aku nak beli barang siket..beli bag carlo rino
memang banyak choice ar kat malaka parade tu
teruja seyh nak memilih..hihi..
tapi aku plih beg yang simple je..dia yang pilih kan..hukhuk
prkre yang aku takleh lupe time aku tinggal dia sorang2 kat mkhota parade tu
HAHA
lawak giler..menjajau dia carik aku
yang takleh belah dia hangin..tekan button B Tp lepas ke roof..
bengang je dia....
masuk je dlam kreta muka masam macam cuka..
aku wat bodo je..hikhik
mse ptg tu kami nak p taman rama-2
tapi takde rezeki coz dah terlepas
kami pon blek la ke bp g lpak kat tasik Y je

time ni ktorang sumbat giler..takde sape nak tolong amekkan gmba.



sengal-sngal je..hikhik
bajet sweet..haha


nni je la kenangan kat TASIK Y ..hahaha


ni lak time ary AHAD..
kitorang g tropical village kat ayer hitam..
aku dah lupe acanor tempat nye.
main g je la
kalu tau la tmpat nye cm ni
bek g ptg2 sodap siket..hewhew
anyway.ni je la sempat kami pose bersama.


badan sama senget dengan menara tu..


bajet model kereta
HAHAHA



model lalang
HOHO


gojes tak kami?
HUAHUAHUA
ade penyibuk la kat belakang tu
werkk
konon-konon kat mesir la tu
mengade jee
HAHA
SUKE sangat sangat pic nii..

konon aku buat buat terharu
auwww
cinta abadi la sangat
HOHO
JAngan jeles kami ade kat paris
hewhew
kat mulot naga yang besaq gedabaq
HUAHUAHUA



walaupon tersangat la panas mase kami g tu
tapi demi nak amek gmba nye psl kami wat bodo je
asalkan hepy , hepy dan hepy
seronok sangat time tu...
I LOVE YOU
muuaahh

nni la best moment antre aku n dia bila kami dah bosau2 ni..
dulu masih kecik2 lagi nak jumpe pon payah.
aku nak buktikan even cnte kami ni cnte jarak jauh
tapi itu bukan penghalang untuk menyulam cinta
(ciss ayat aku tak leh blarr)HAHA
TAPI tu la hakikat nya
aku pon tak tau kenapa aku syang sangat kat mamat nim
padahl kitorang salu gaduh
aku harap jdoh kami kuat
huhuhuhuhu
abg kau la super kat aty aku ni..huahuahua
kau gatal lagi ngan girl lain siap la
hoho
sekian itu sahaja yang aku nak ceriter.. smpah memang hilang dah rindu ni bile jumpe dia dapat tengok dia senyum , gelak buat muke ngade dia tu sumpah best giler tapi skank ni terpakse menahan rindu nie
ohooooooiiiii,,tak sanggup rasanya takpe2 raye nati jumpe lagi... huhuhuhuhuhuhu

bai bai bai
hewhew




KELIRU

sesungguhnya aku teramat la keliru antara matrikulasi atau pon asasi
kepala aku poning weh duk memmikir mende ni
engat kan time nak spm je susah
rupenye after spm lg susah coz nak kene tentukan haluan diri sendiri
aku tak tau aku kuat atau tak nak p asasi tu
coz kat sana sume budak2 pandai
aku ni dah la lembap bi
pas tu kat sana pulak fully in english
gone ni weh
celaru kepala aku.....
aku takot nak menghadapi apa yang aku tak pasti
aku harap sangat aku akan di berikan petunjuk
errm...
istikharah dik ,,istikharah
tu la ayat yang aku selalu dengar
ok aku akan buat
semoga aku dapat petunjuk oleh nyaa...
aminn..

kehidupan

kadang-kadang tak semua yang kita nak kat dunia ni akan tercapai
even kita dah ushe tanpe ptus-ptus
tapi stil tak dapat jugak
allah sebenarnya nak uji kita
nak melihat sejauh mana kita mampu bertahan dengan ujian dia
tapi apabila kita dah dapat apa yang kita nak
kita takleh la pula lupe diri kan
lupa daratan
tak perlu semua tu
cukuplah bersederhana dalam segala hal yang kita lakukan
tak perl bangga sangat kat dunia yang sementara ni
kadang-kadang ada gak jenis manusia tak reti bersyukur ni
idup dalam kuarge senang
tapi tak reti hargai jasa mak bapak
keje mintak itu mintak ini
tapi tak leh nak bagi apa-apa kat mak bapak
aku sebenar nye kesian kat orang cam ni
even dia cakap dia tak nyusahkan parents dia
tapi tanggapan orang lain..
wallahualam
belajar dari kesilapan adalah cara yang terbek dalam cara
muhasabah diri kita
cukuplah kita kesal dan tidak mengulangi lagi perbuatan itu
sometimes ada jugak manusia yang terlalu cerewet ni
tak suke ini la tak suke makanan ni
makanan ni tak sedap apa semua
takperlu la kot macam tu
even kadang-2 aku pon cam tu..HAHA
tapi takde la melampau sangat kan
takot allah balas kat manusia yang tak reti bersyukur ni
dan kita jangan la terlalu cerwet gak dalam menentukan masa hadapan
tak minat ni la tak minat tu la
sebenarnya kita tak tahu apa yang terbaik untuk kita..
hanya allah je yang tau apa yang terbek tuk kita
kita hanya mampu mintak pertolongan dari allah je
dan selebihnya
biarlah allah dengam urusannnya

kesimpulannya
tak semua yang kita nak kita akan dapat
tak semua perkara kitee kene cerwet
tak semestinya mak ayah kita senang kita kene tumpag kesenangan mak ayah kita selamanya
usha tawakal doa redho adalah jalan terbek dalam menuju kejayaan allah..

heehehe

MELAWAT NENEK TERCINTA

ASSALAMUALAIKUM...
seriusly ary ni aku tersangat la penat coz dua ary dah drive ulang alik 
dengan perjalanan yang mengambil masaa selama 3 jam...
sumpah woii aku penat giler teramat sangat
rupanya macam ni la rasenye orang drive jauh2 ek
teringat kat ibu n si dia yang penah drive dri pahang ke jhor
sangat memenatkan
walau hakikat nye time drive tak rasa penat
atleast dapat gop la aku ase drive jauh2 ni haha
btw aku p tgok nenek aku ptah kaki kat kota tinggi
alhamdulillah dia okay'
cuma susah nak bergerak jea
kesian gak aku tgok nnek aku tu
dia hanya mampu terbaring jea

okay2 tak larat dah nak tulis
aku harap nenek aku cepat sembuh n boleh jalan seperti biasa..
sayang nenek sangat2 ketat2 padat2..hee

blog yang memeningkan dan majlis anugerah

first time berblog membuat kan aku berasa sedikit tekanan
huahuahua
aku sendiri tak paham acanor nak mengedit blog ni...
tlong la pham weh kepala gua pening tahap dewa ni..HAHAHA
mesty orang yang da biase berblog terbahak-bahak gelak kan aku en..
apa la..bpak giler kuno aku ni..
nampak ngat buta it.....HAHA...
segala tunjuk ajar amat la aku perlukan skank..

sebelum aku mencampak dan membuangkan laptop ni dalam liang lahat....
hewhew


(sorrry bahasa agak kasar)
senyum tak perlu kata apa-apa...
ngarut jap//heee




berposing sekejap masa amek anugerah kat hotel katerina ary tuu..
jangan jeles tau....kita dapat RM90..hahahaha..nak bangga jap..
RM90 je kot....weeeee~ni ibu kite tau..cntik tak, cantik tak..haha..promote jap...HAHA

SORRY aku terperasan....

ni plak kawan-2 aku yang dpat anugerah gak...macam ape je..orang duk dengar dato noraini n dato azhri memmbebel kat dpan aku ngan budak dua ekok ni duk bercakap jau..yang paling takleh blar...mse nynyi lagu UMNO tu.....HAHAHAHA..stu apa pon tak tau..yang kami tau bgian "UMNOO terus apetah..cam tu la ..hehe

muka tak senonoh kitorang..ngee~




+yang ni plak..muke ala2 datin....
ayu giler kan..HAHA

okay-okay nak citer tu ja....tata